
zaman ni semua orang nak ada bisnes.
nak jadi founder.
nak jadi boss.
.
buta2 semata percaya lidah2 bersalut kerak yang memulakan pancingan dgn soalan “mau jadi macam saya” disulam gambar2 di sebelah kereta mewah, banglo ada bangsal kuda;
berduyun2 menjual buah pinggang utk ikutserta jadi kaya dgn ada bisnes, jadi founder dan boss.
.
ye.
kemenangan adalah untuk yang mengambil risiko.
kalau main pejam mata dan serah diri pada takdir—
itu kebodohan, bro.
.
aku boleh sekolahkan semua kita dari berhenti main terjun dlm kolam buaya ni. tapi aku rasa itu satu waktu lain di lain entri.
.
hari ni,
aku nak tagur para founder, orang bisnes kaya2 je.
.
1) cakap besar macam tak wujud hari kiamat
.
gurau jenis APA PUN— takutlah pada الله weh. content youtube ke, lakonan drama tv ke, semata kerana iklan ke— cakap besar adalah dosa pertama makhluk الله.
.
iblis ranking tinggi dalam syurga.
a simple “tapi aku api, dia tanah. aku lagi bagus dari dia”.
.
zasss.
neraka.
SATU STATEMENT JE.
.
belum jumpa adam as pun. belum layan adam as macam haram pun. belum hasut malaikat lain perlekeh adam as pun.
.
BARU bagi statement JE.
neraka.
.
kita?
baru kereta besar sikit, baru rumah kita besar sikit, baru bini lawa sikit, baru laki baik sikit, baru anak menjadi sikit.
.
ada banyak cara dalam dunia nak tunjuk berjaya, nak tarik orang join bisnes kita. apakah mmg hati lapang bila perlekeh kita sesama?
.
aku jual pakaian syar’i. aku takde masa nak guna konsep “meh beli dari kami. beli la kau dari topshop kalau nak masuk neraka”. haha.
.
kejadah.
.
2) cakap menipu macam tak wujud rakib atid atas bahu.
.
jual kolagen. racun org suruh pakai utk cantik. kau sendiri pergi cucuk dagu pipi sampai jadi patung cendana.
.
jual ubat kurus. ajak org suruh consume utk langsing. kau sendiri pergi mcm2 treatment ribu2 sampai keding.
.
aku mual dgn penipuan2 peniaga. aku tau ramai je yg bijak dan tak beli. tapi aku juga tau tetap akan ada yg terpedaya dgn dia punya janji.
.
aku selalu cerita ni. masa awal2 jual susujuna, ramai giler yg mencadang buat dulu fake testimoni. pastu nanti2 dah ramai bagi yg jujur— ganti.
.
placebo effect namanya. bila kau terlalu percaya— ia akan jadi. kalau dah 100 orang kata dia kurus lepas sapu krim je, kau pun akan dan2 rasa “eh ha ah la. mcm susut juga rasa”. walhal kita semua tau kalau kita check timbang hari2— mmg ada 1kg yg kejap
dtg kejap pergi.
.
kan?
.
so.
cakap besar.
cakap tipu.
dua jenis cakap ni—
mmg aku serius harap boleh dihentikan langsung lah.
.
dan walau aku cakap entri ni aku pesan khas utk orang2 bisnes berjaya kaya-raya, aku nak kita semua ambil ibrah utk diri sendiri.
.
jutawan macammana pun—
pastinya bermula dari level kita2 yg biasa.
tak mustahil kau yg membaca ini di kubikel opis di suatu pagi ini end up dpt bisnes yg meletup2 dgn izin yg kuasa.
.
rezeki الله bagi ni—
mmg ikut الله nak bagi.
.
5 tahun lepas kalau org cakap aku akan ada apa aku ada;
mmg aku bantai gelak je.
langsung tak pernah jangka.
.
cakap besar dan cakap tipu.
dua benda ni kita pernah buat.
malahnya kalau masih insecure—
tetap masih dibuat.
.
buang.
.
keduanya kita buat SEBAB kita nak impress orang. sbb kita RASA the version we tell and show to people is WAY MORE AWESOME than the original. dan sebab itulah kita bengkek bila that fabricated version tu pun tak memuaskan hati orang.
.
“penat, tau, aku cakap bongkak cakap tipu ni— kau tak terkesan pun ke?? baik aku cakap biasa2 je”.
.
gitulah ibaratnya.
hahaha.
.
hakikatnya—
validation manusia2 lain itu tidak lain melainkan sebuah interpretasi fikiran kita ttg bagaimana KITA layak utk diri KITA sendiri.
.
the whole world might love you. tapi hanya kerana seorang dua yang tidak— hilang terus selera nak hidup. kau lebih fokus nak convert those two berbanding bersyukur dgn the whole wide world yang sudah okay.
.
sebab apa?
walau SATU DUNIA cakap kau best giler babun pun—
kau tetap ada that negative thoughts about yourself.
.
dan ketenangan yg takde org mention selama ni sebab semua org suka itu meyakinkan kau yg cakap besar dan cakap tipu kau itu benar2 convincing. makanya bila ada SEORANG DUA yg point out benda kau paling cuak tu— kau terus serabut ayam. too damn petrified kalau2 seorang dua itu akan menghasut seluruh dunia tadi utk bersetuju benda negatif tadi.
.
bapak aa letih.
.
bayangkan the damage kau dah sedia buat di skala kecil.
bayangkan apabila lingkungan kau jadi lebih besar bila kau dah jadi orang senang dan punya ribuan orang di bawah yang memandang.
.
cakaplah kita besar2 supaya orang takkan berhenti memuja.
cakaplah kita tipu2 supaya orang takkan lari dari suka kita.
.
sampai bila.
.
hiduplah dengan amanah. sungguh ironi seseorang yg hanya keluar rumah setelah 40 minit menampal wajah dgn segala cat menutup cela di wajah agar kelihatan cantik dan jelita bila mendengar mereka bertanya “mengapakah terlalu sukar menjumpai pasangan yg sudi menerima saya apa adanya”.
.
rasa macam nak pandang dia dalam2,
angkat kening pelan2 sambil tanya balik:
“tu lah tu kannnnnnn... pelik juga kannn..?”
.
kita terlalu selalu perlu dimuliakan.
tapi kita sendiri sentiasa lupa memuliakan diri.
.
berhenti cakap besar dan cakap menipu.
kalau tak mampu;
berhenti bercakap.
.
dah selesa diam—
kembali tulis dlm blog.
hahahaha.
.
ok last perenggan tolong abaikan.
bilalah kau boleh diam, fynn jamal.
Pernah terjebak dengan founder yang kata gini,'kalau awak serius nak berjaya, awak akan usahakan duit tu. Pinjam duit makbapak, pinjam duit adik beradik.' Time tu memang tengah semangat. Tapi mujur la malu nak pinjam duit tu tinggi. Selamat dari berhutang time nak start biznes. Demi allah wahai founder gini, jangan tarik kami ke lembah berhutang. Sekali berhutang, berkali ganda hutang tu nanti. Tolonglah.
Worth the wait
Sukanya boleh baca pepanjang giniii aaaa 😭💕 tertusuk
Setuju...kami perati je....diaorg jual ubat kurus... Dioarg jual ubat flawless muka....sedangkan entah ye entah idak sendiri pakai... Nampak lebih pada pergi ke tempat bayor mahal2 ada...🙄🙄🙄
cam bc cerpendek..isi padat..😘