top of page

stay / go

Writer: Fynn JamalFynn Jamal

in case ada yang mencari a good psychiatrist untuk diri sendiri atau famili;

dr hamidin awang.

hospital pantai.

.

i am sure ada berjuta lagi yang bagus2.

but his method works for us—

so.

.

private pricey.

gomen almost free.

choice is yours.

itu bukan point tulisan hari ini.

.

but this next one—

derived from recurring question tentang mental health pasangan:

“should i stay or should i leave”.

.

mari kita berbual secara rasional dan diminta para jemaah sekalian humbankan segala stereotypical romantic elements dalam movie di mana keberserahan dan self torture itu indah dan mendapat stand up ovation seluruh panggung.

.

in real life,

NO ONE knows your story macammana terrer pun kau berperi.

so toksahlah harap sesiapa faham dan bagi empathy.

.

of course.

ada yg try.

but truly.

.

i mean—

seriously.

.

now. soalan tadi. should you?

jawapan aku takkan sama;

all depends pada situasi.

.

kalau baru kenal, kalau setakat tunangan, kalau belum terikat dgn apa2 hubungan;

dengarlah cakap mak bapak kau.

.

bukannya mak abah kau tak paham konsep cinta mati kau. maklumlah. derang pun tak tau secara detail how much damage pada kau atas nama cinta mati itu tadi. but your parents have a point. banyak, to be honest.

.

paling basic:

bakal anak kau.

yang sekarang kau tak nampak lagi besar mana sayang kau pada dia.

.

a mental patient tak jahat. benda2 dia buat, bukan dia saja2 nak buat. chemical imbalance. bukan karektor. it is like— would you ever smack a toddler sbb terjatuhkan iphone11 kau sampai crack habis?

.

(erm.. kalau kau sanggup, kau patut check mental kau)

.

so. the things your future life partner boleh buat; dan ketidakmampuan kau utk marah dia sbb he / she cant help it. tak mudah weh. tak mudah. dapat pulak benda dia buat tu bukan takat harm diri dia, tapi anak kau sekali.

.

terikat tangan kaki, weh.

sumpah.

.

my husband had this one episode di mana dia tiba2 sauk anak2 aku WHILE he was driving— dan tak memasal kitorg macam dalam daytona punya car chase. lengkap dengan scene toleh2 jengah2 belakang takut “mereka” dapat kejar dan tangkap dan bunuh kitorg anak beranak.

.

apa yang dia tak mampu process adalah;

panduan habis meter tu SENDIRI mampu bunuh kami 4 ketul dalam kereta tu.

.

ini;

episod jenis kacang2.

contoh2 lain tu—

nanti2 lah bila masa sampai;

seriau pulak kau kang.

hahaha.

.

sekarang hidup kau cuma nampak dia dan potensi hidup yang happily ever after. nanti kau ada anak; baru kau sedar yang kau kena pikir nyawa kau sekelompok dan bukan takat nyawa berdua. masa tu baru nak pikir, agak terlambat dah derr.

.

dan untuk memahami kenapa mak bapak kau macam kejam je nak mintak kau babaikan cinta mati ini—

REVERSE all this.

.

imagine satu hari nanti kau ada anak—

yang kau tatang dan jaga macam hapa—

nyamuk gigit sebutir pun kau beriya beli segala jenis essential oil, kelambu, gelang anti nyamuk bagai nak jaga dia—

kemudian pada satu hari dia kata bakal pasangan dia sejenis high risk.

.

kau nak kata apa?

.

of course kita boleh bagi segala jenis atas buku teks. sabar, kuat semangat, الله ada, etc. tapi on the day the police knocks on your door to tell you anak kau yg dijaga rapi dari nyamuk tu dijumpai dalam keadaan kerat 3;

tidakkah kau akan merasakan you should’ve done better..?

.

op op op.

sebelum org pikir aku overgeneralize semua mental health, let me be clear— aku rujuk pada severe cases like schizophrenia, manic dan seangkatan. aku takde pengalaman dgn jenis2 lain so do not take my word kalau kau rasa bakal pasangan kau jenis controllable lagi.

.

ok?

.

and this entry is NOT meant for you to tinggalkan bakal pengantin kau semata2 dia ada mental health. rather, this writing is for you to do this last round punya assessment. sebelum kau betul2 decide untuk hit the nail on the coffin.

.

yup.

the pun was intentional.

.

itulah الله kata jaga ikhtilat. toksah bercinta bagai. imagine kita kena match dengan bakal pasangan. pastu few weeks after dpt tau medically he / she is unstable. tidaklah ia sesukar mana. tapi tu lah. kita ni tak dengar kata. so.. ha tu lah.

.

if you belong to the next category, iaitu diagnosis cuma berlaku selepas masjid dah elok terbina, siap dah rasmikan, dah bubuh water filter kolam renang astaka bagai;

this is where the dilemma begins.

.

kalau kau pergi, kau asshole.

kalau kau stay, kau masuk gol.

.

sbb hakikatnya, berapa kerat je mental patient yang betul2 nak stay on meds? dan bukan dia saja2 nak sakitkan hati kita— dah dia rasa dia tak sakit. nak paksa macammana?

.

cuba kalau kau rasa kau ok, tiba2 laki kau asyik suruh pergi chemo. dah la bila kau makan, kau hilang diri kau. rupa kau berubah. radiation, stress segala bagai. kau KOMPIDEN kau tak sakit. tak ke kau rasa laki kau cuba nak bunuh kau?

.

mental health especially jenis delusion dan hallucination ni tak kelakar dan BUKAN HAK SESIAPA untuk beritahu mereka yang terlibat baik patient dan caretaker ini untuk “bertabahlah. kalau aku...”.

.

news flash, miss-banyak-pendapat-tentang-semua-benda;

ini bukan kau, so shut it.

.

and the ONLY way to be able to make YOUR OWN decision is by not oversharing before and whilst you are making one.

.

you want to stay,

you want to leave;

it is YOUR LIFE.

.

terlalu ramai yang mati fizikal dan mental dalam gelanggang ni. kalau tak tinggal sekujur jasad, tinggallah sesusuk badan yang bergentayangan tanpa ruh. in limbo. neither living nor dead.

.

buat keputusan in accordance to what الله redha. dan satu2nya cara utk pastikan sesuatu keputusan itu sejajar dgn agama الله adalah dgn belajar dan istikharah.

.

aku pernah cerita kat instagram dulu;

there was this one time where i istikharah every single day for months. mmg aku let go habis2 dah. sejenis ya “الله please guide je mana2. aku dah jem tokleh pikir langsung dah ni ya الله.”

.

that time, separuh kaki aku mmg dah kat luar pintu dah. worried gravely utk nyawa aku dan anak2.

.

dan every single day—

mmg الله tunjuk reasons to stay.

ada je petanda utk pujuk aku “satu hari lagi. satu je hari lagi”.

.

that was what i did.

one day at a time.

setiap pagi reset.

.

it was no longer a hundred percent cinta mati. it was more like apa الله nak dari aku, aku buat je dulu. relevan ke tak, itu aku pikir nanti2.

.

love the creator FIRST.

baru love towards his creation.

.

aku sayang suami aku. aku sayang anak2 aku. tapi aku lebih cinta sama الله. itu janji aku pada الله berjuta tahun sebelum aku dihembus ke dalam rahim mak aku.

.

i guess this is it for today.

panjang giler, sori.

.

ok aku tipu. not even sorry. hahahaah.

.

so akhirul kalam;

should you stay or should you leave?

entah.

.

kau je tau.

life kau.

decide.

.

DAN NANTI2 JANGAN UNGKIT.

.

jgn nak berkorban bagai pastu masuk tahun ketiga dah letih. pastu setiap kebaikan kau sebut2. jgn jadi bodoh. buat penat je kebaikan tu. terbakar lebur.

.

tapi kalau kau tanya aku—

would i stay or would i leave;

.

jawapan aku mudah je.

.

i believe in those stereotypical romantic elements dalam movie di mana keberserahan dan self torture itu indah dan mendapat stand up ovation seluruh panggung.

.

haha.

what can i say.

i am THAT silly.

.

and i have had the most awesome ten years dimanja bobok oleh sang suami. this is my time to manja bobokkan dia utk 10 tahun lagi.

.

love you, hazrilfitri.

forever and ever, baby.

semoga الله sudi bagi.



24 Comments


Noor Shafiqah Halim
Noor Shafiqah Halim
Jan 16, 2020

Thank you kak fynn ❤

Like

Rynn Rosni
Rynn Rosni
Dec 04, 2019

Even before lagi, awak dah Allah kasi ilham untuk Sampai Tua. Sampai tua, aku ada. Remember?

Like

aidaramlk59
Nov 20, 2019

Kak, please tulis lg pasal ni. Sbb saya pn ade adik sakitnye same mcm bangtri. almost 9years ++. 😢

Like

Rabecca Sugianto
Rabecca Sugianto
Oct 30, 2019

just miss your bebel kak fynn.

Like

nur darnisa
nur darnisa
Oct 25, 2019

This post is remind me to my younger brother kak fynn..schzo too.but on meds hari-hari..not easy..tapi have too..tapi tu la..orang x rasa, tak tahu macamana..bagai nyawa dihujung tanduk. doa dan tawakal je lah yang mampu..

Like
bottom of page